Bantuan Prihatin Nasional : Bayaran BPN fasa 2 akan dimulakan 4 Mei 2020

28/04/2020


Dalam Sidang Media Perkongsian Laporan ke-tiga Pencapaian Prihatin- Laksana, YB Tengku Dato' Zafrul Aziz, Menteri kewangan telah mengumumkan bahawa Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi   Fasa Ke-2 untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, samada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020.

Sebelum ini, Bayaran BPN fasa pertama adalah berjumlah RM 1000 dan bagi bayaran fasa kedua, baki bayaran adalah RM 600, yang mana jumlah keseruluhan bayaran adalah RM 1600 bagi golongan B40.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, 7.74 juta penerima telah menerima bayaran Fasa Pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion. 

BILA BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN PKS ?

Baki bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima sama seperti pembayaran fasa pertama. Bagi penerima yang mempunyai status gagal kredit, boleh membuat penunaian baucer di Bank Simpanan Nasional, BSN. Anda jangan bimbang kerana baucer berkenaan boleh ditunaikan sehingga 31 Disember 2020.

Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan proses permohonan akan diselaraskan serta diumumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam masa terdekat. 

VIDEO LAPORAN KE-3 PENCAPAIAN PRIHATIN - LAKSANA

PANDUAN LAIN

sila rujuk di sini untuk panduan penunaian baucer : Bantuan Prihatin Nasional : Semakan Status anda dalam BPN Tiada Akaun atau Gagal Kredit, Ikuti Panduan Ini.

Bagi membuat semakan status bayaran BPN, boleh rujuk di sini :

https://bpn.hasil.gov.my/ 


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.


Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.

Anda pasti pernah mendengar gunung kinabalu, bukan? gunung kinabalu adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara dan terletak di negeri Sabah, Malaysia. Gunung kinabalu menjadi destinasi utama para peminat Hiking sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Gunung kinabalu adalah menjadi kebanggaan sabahan dan mempunyai cerita lagenda...