Terkini : Panduan Lengkap Pengisian Permohonan Geran Khas Prihatin (PKS)

01/05/2020

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi tambahan yang mana khusus untuk Perniagaan kecil dan sederhana. Bantuan tersebut adalah Geran Khas Prihatin (GKP) yang berjumlah RM 2.1 bilion. Geran one-off berjumlah RM 3000 bagi setiap permohonan yang akan memberikan manfaat kepada hampir 700,000 PKS.

Permohonan untuk Geran Khas PRIHATIN untuk perniagaan Mikro telah dibuka pada 1 Mei 2020 HINGGA 15 Mei 2020 yang diselia oleh pihak LHDN. Para peniaga kecil boleh membuat permohonan di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/


Kami sediakan langkah-langkah dan panduan pengisian permohonan GKS.

Buat akaun/Daftar

  1. isikan No IC, 
  2. Isikan No Poskod dan Bandar (seperti dalam IC) untuk pengesahan
  3. bina kata kunci keselamatan
  4. jawab 5 soalan keselamatan
  5. Create Pasword

Login GKP

  1. masukkan No ic dan klik semak
  2. sahkan kata kunci anda betul, jika betul klik "ya"
  3. Masukkan kata laluan dan log masuk
  4. klik daftar GKP
  5. Lengkapkan Maklumat Pemohon
  6. Lengkapkan Maklumat Perniagaan
  7. Clik teruskan dan Sahkan Kaptcha untuk pengesahan

MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!


Support us!!  Follow us Now #kitasupportkita #kitajagakita


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.