PKP : Panduan Permohonan untuk syarikat meneruskan operasi Sepanjang PKP Di MITI melalui sistem CMS 2.0

24/04/2020

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat beberapa syarikat tambahan yang telah dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKP 3, Setakat ini, PKP telah dilanjutkan dua minggu lagi iatu sehingga 12 Mei 2020. 

Senarai operasi tambahan yang telah dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKP boleh merujuk di sini : Terkini : Senarai  Sektor perkhidmatan Tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi PKP fasa 3

Syarikat yang ingin memohon untuk beroperasi boleh membuat permohonan secara dalam online di sistem CMS 2.0 di pautan berikut : PERMOHONAN MITI.

Pada awal permohonan dibuka, terdapat kepincangan dengan sistem CMS 2.0 kerana ia tidak dapat menampung jumlah trafik yang banyak. Namun dengan usaha penambahbaikan yang dibuat oleh agensi MITI, ia dapat diselesaikan. Miti aktif memberikan kemaskini terbaru di laman media sosial mereka di laman facebooK MITI dan laman Twitter MITI.

Bagi syarikat yang masih mempunyai kemusykilan berkaitan permohonan untuk beroperasi, anda boleh ikuti video Panduan Permohonan untuk beroperasi di sistem CMS 2.0 berikut. Pastikan anda mengikut video ini sehingga habis.

Terdapat juga isu di mana beberapa permohonan syarikat telah ditolak. Pihak MITI telah memaklumkan bahawa rayuan permohonan dibenarkan dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Bagaimana jika terdapat kesilapan semasa pengisian borang permohonan berkenaan? Pihak MITI juga memberi peluang kepada anda untuk mengemaskini permohonan anda dengan mengikut langkah-langkah berikut:

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. (Terkini : PKP dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 12 Mei 2020, terdapat sedikit kelonggaran). Ada syarikat yang mungkin mempunyai persoalan adakah permit mereka untuk beroperasi untuk PKP fasa 4. Jawapannya ya, boleh digunakan dan tak perlu memohon semula untuk PKP 4.

Diharapkan agar setiap syarikat yang telah dibenarkan untuk beroperasi akan mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan agar penyebaran virus Covid-19 ini dapat dikurangkan. Utamakan kebajikan pekerja dan kesihatan.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

IKUTI KAMI DI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI DAN TERBAIK


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Akhir-akhir ini, banyak aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hany like,share, follow, view akaun media sosial. antaranya adalah LikeShare, Isharefans, Ezjob99 dan WeMediaa.

Anda pernah melihat iklan atau post orang di media sosial, whatsapp yang mengajak anda untuk menjana pendapatan secara mudah dalam talian? Likeshare? Jika anda pernah dan ingin mencari maklumat tentang likeshare Malaysia, mungkin artikel ini akan membantu anda untuk pemahaman anda? Jika anda mempunyai rasa was-was tentang likeshare ini, kami...