PKP : Pelajar dari Sabah dan Sarawak di semenanjung akan dihantar pulang jumaat ini

27/04/2020

Penghantaran pulang pelajar ke Sarawak dan Sabah akan bermula Jumaat ini membabitkan lima lapangan terbang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi pelajar yang berada di Terengganu dan Kelantan, mereka akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Katanya, bagi pelajar yang berada di Zon Tengah termasuk Pahang akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Bagi Zon Utara, mereka akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan di Zon Selatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

"Semua pelajar itu akan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung halaman mereka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini.

Sumber berita : berita Harian

MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!


IKUTI KAMI DI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.