PKPB : Pelonggaran PKP adalah penting untuk penduduk luar bandar dan miskin - Ahli Ekonomi

02/05/2020

Pada 1 Mei 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki fasa PKP baru iatu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020. Kita melihat pada fasa ini, sektor ekonomi akan dibuka semula namun tertakluk dan wajib mematuhi SOP yang ditetapkan.

Mengapa Perintah Kawalan Pergerakan Dilonggarkan?

Ramai rakyat yang kurang setuju dengan tindakan kerajaan melonggarkan PKP ini. Mereka bimbang akan terjadi gelombang jangkitan kedua yang akan membawa kepada statistik jangkitan yang lebih tinggi. 

Pada hari ini, Statistik Covid-19 telah meningkat 50%. Angka ini amat membimbangkan, ditambah lagi dengan kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan.

Namun menurut dari perspektif ekonomi, Mereka merasakan bahawa PKP ini perlu dilonggarkan bagi kepentingan penduduk luar bandar dan golongan miskin. Ikuti pandangan Madeline Berma, Rakan Akademi Sains Malaysia berkaitan.

Beliau menyatakan bahawa dia menyambut baik perintah kawalan pergerakan bersyarat kerana sekatan perniagaan dan perjalanan ini telah merugikan rakyat terutama rakyat miskin dan mereka yang tinggal di luar bandar. Mereka yang di luar bandar mempunyai kesukaran untuk akses kepada perkhidmatan penting seperti bank.

Beliau tidak menafikan akan risiko kesihatan yang meningkat disebabkan kelonggaran ini, tetapi apabila pengeluaran dan penggunaan terhenti, para peniaga dan pekerja akan mendapat kesan yang paling tinggi, dan ia menjurus kepada pemotongan gaji atau pemberhentian pekerjaan. 

Kerajaan telah berusaha untuk membantu rakyat dengan pelbagai bantuan kewangan dengan pakej Rangsangan Ekonomi. Antara bantuan berkenaan adalah Bantuan Prihatin Nasional, Subsidi Upah dan Geran khas Prihatin untuk PKS. Namun kerajaan mempunyai sumber yang terbatas dan pasti tidak akan mampu untuk terus memberikan bantuan, jadi adalah penting agar PKP ini dilonggarkan sedikit.

Namun begitu, Madeline turut meluahkan rasa bimbang kerana pelonggaran ini dilihat dibuat secara mendadak dan dilakukan sekaligus dan bukannya secara berperingkat. Dia percaya bahawa zon hijau harus dibuka dahulu, diikuti dengan zon kuning dan kemudian zon merah. Namun mungkin disebabkan kebanyakkan zon merah adalah pusat ekonomi, jadi kerajaan terpaksa berbuat demikian (kelonggaran)

Tinjaun oleh Jabatan Statistik pada bulan April mendapati bahawa hampir separuh daripada pekerja telah kehilangan pekerjaan di bawah PKP, dengan 43% tidak mempunyai simpanan wang yang cukup untuk bertahan lebih daripada dua minggu.

Apa yang paling penting sekarang yang mana adalah sangat penting dan kritikal adalah bagaimana pelaksanaan SOP semasa PKPB kerana ia sangat penting bagi mengelakkan gelombang kedua yang akan memaksakan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan semula.

Bantuan di bawah pakej rangsangan tidak mencukupi dan mereka mendapat banyak aduan, terutama dari Bumiputera dan Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) bahawa bantuan itu tidak sampai kepada mereka tepat pada waktunya.

Denison Jayasooria, bekas Profesor di Institut Pengajian Etnik di UKM turut setuju dengan Madeline Berma. Kelonggaran ini pasti akan disambut baik oleh pekerja yang menerima gaji hari, pekerja rumah tangga dan perniagaan mikro yang menjual kek dan makanan. Disiplin diri adalah sangat penting semasa PKPB, dan kerajaan harus terus memberikan bimbingan dan nasihat.

Sementara itu, Setiahusaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Mohamed Zamri Mohammed, walaupun PKPB tidak melibatkan peniaga gerai (tanpa premis tetap), ia masih akan tetap membantu ramai orang. Kelonggaran ini disambut baik oleh para peniaga kecil kerana majoriti mereka sudah hampir kehabisan wang simpanan mereka.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah dilonggarkan, Segala aktiviti ekonomi harus mengikut SOP iatu penjarakkan sosial dan pemakaian topeng muka, dan mengelakkan perkumpulan ramai orang.

Sumber diolah daripada : Freemalaysiatoday

MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!




LAGI ARTIKEL MENARIK

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Akhir-akhir ini, banyak aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hany like,share, follow, view akaun media sosial. antaranya adalah LikeShare, Isharefans, Ezjob99 dan WeMediaa.

Anda pernah melihat iklan atau post orang di media sosial, whatsapp yang mengajak anda untuk menjana pendapatan secara mudah dalam talian? Likeshare? Jika anda pernah dan ingin mencari maklumat tentang likeshare Malaysia, mungkin artikel ini akan membantu anda untuk pemahaman anda? Jika anda mempunyai rasa was-was tentang likeshare ini, kami...

Baru-baru ini, kita dapat melihat kemunculan pelbagai aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hanya melakukan task secara dalam talian. Kemajuan teknologi dan peningkatan individu yang celik IT menyebabkan ia menjadi trending dan tular. Ia kelihatan menyasarkan golongan muda yang berumur antara 16 hingga 35 tahun atau...

Adakah anda pernah mendengar isharefans? isharefans semakin popular dan trending di media sosial. Ramai yang mengongsikan isharefans adalah platform dapat menjana pendapatan dengan kerja yang mudah dan hanya dalam talian. Dalam artikel ini, kami akan mengulas tentang iShareFans dan pada akhir artikel, kami berikan pendapat kami adakah isharefans...

Pada hari ini, negara digemparkan dengan ura-ura pengisytiharaan darurat di Malaysia. Pada hari ini, Tan sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan perjumpaan dengan YDPA. Terdahulu, Muhyiddin bersama menteri Kabinet bermesyuarat selama tiga jam di Bangunan Perdana Putra pagi tadi.